Saturday 19 November 2011

Jenis-Jenis Makan dalam Malaysia Mengikut Kaum

Jenis-Jenis Makan dalam Malaysia Mengikut Kaum.....

Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum iatu Melayu,Cina dan India. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia.



4| | |Makanan Melayu| | |3


RENDANG

Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak

                             KETUPAT

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia, Indonesia serta beberapa negara Asia Tenggara lain.Ketupat ada disebut dalam kesusteraan Melayu, Hikayat Indraputra, yang tarikh ditulis dicatat sebagai 1700, tetapi kisahnya wujud secara lisan sebelum tarikh tersebut.Jenis ketupat bergantung kepada bahan yang digunakan dan daun yang digunakan untuk membuat bungkusannya. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Biasanya dibungkus dengan daun kelapa.

                       LONTONG

Lontong ialah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.Lontong berwarna hijau di luarnya, sedangkan berwarna putih di dalam. Lontong banyak ditemukan di pelbagai daerah di Indonesia dan Malaysia sebagai pengganti nasi putih. Walaupun kedua-dua ini diperbuat daripada beras, lontong memiliki bau harum yang istimewa.


                           NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Ia patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan sepanjang hari. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu di hotel-hotel.Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang, sambal dan ayam goreng

4| | |Makanan India| | |3



                        Tosai

 Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.  Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


                        MURUKKU

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut.

                               IDLI

Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

                              KARI


Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.


4| | |Makanan Cina| | |3



                      NASI AYAM


Nasi ayam Hainan merupakan makanan Cina yang sering dikaitkan dengan makanan Malaysia atau Singapura, dan juga ditemui di negara berjiran Thailand, serta juga di wilayah Hainan, China. Nasi ayam Hainan yang dinamakan sedemikian karena asal-usulnya dalam makanan Hainan dan pengamalannya oleh populasi orang Cina seberang laut bersuku Hainan dalam kawasan Nanyang, versi makanan ini yang didapati di Malaysia/Singapura menggabungkan unsur-unsur masakan Hainan dan Kantonis ditambah lagi dengan citarasa makanan di Asia Tenggara.

                     YONG TAU FU

Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini. Pokoknya, hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan" di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau khinzir, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo," yang bermaksud "tauhu yang dibubuh." Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian.

                    CHAR KUEW TEOW


Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Jenis-Jenis Makan dalam Malaysia Mengikut Kaum.....

KEPELBAGAIAN MAKANAN

Makanan Malaysia


‘Kepelbagaian’ merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan tradisi makanan Malaysia. Di dalam perbincangan ini saya akan membawa anda sekelian melalui serambi gastronomi pelbagai kaum di Malaysia: Melayu, India dan China. Kita mulakan dengan pembudayaan makanan Melayu.

Dari segi sejarah, kaum Melayu ini mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra, Jawa, Thailand, Sulawesi dan juga Polinisia. Dengan pengaruh-pengaruh negara tersebut tidak hairanlah jika masakan Melayu mempamerkan sedikit sebanyak kualiti kulinari dari negara-negara tersebut. 
Di Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pahlawan Bugis dari Sulawesi dan bagi orang Melayu Negeri Sembilan, menamakan diri mereka sebagai Minangkabau dari Sumatra. Kita beralih ke Utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis di mana pengaruh Acheh, Bugis dan Siam amat ketara. Pada abad ke 16, kaum Acheh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda.
Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar ke atas negeri Pahang, Kedah dan Perak. Bagi negeri Kelantan, Kedah dan sebahagian negeri Terengganu pula dipengaruhi oleh Thailand atau Siam.  Ini dapat dilihat dari segi penyediaan makanan dan dialek percakapan mereka: ala Siam.
Kita ke selatan iaitu ke Johor. Di sini terdapat beberapa penempatan kaum Jawa dan Bugis.  Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor bersetuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih dengan kejayaan cemerlang ini, Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.
Sekarang kita ke Negeri Melaka untuk mengikuti perkembangan sejarah kaum Cina.  Pengaruh dari negeri China ini telah mula menular pada abad ke-15. Ianya bermula dengan lawatan Laksamana China Yin Ching dan Cheng Ho. Mereka singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng turut membawa bersamanya adat resam dan budaya kaum Cina.
Sultan Mahmud sungguh tertarik dengan kebudayaan Cina, lebih-lebih lagi apabila mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkahwinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh mengeratkan lagi pertalian dua budaya ini. Walau bagaimanapun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18.  Pendatang dari China dibawa bekerja di lombong-lombong di Malaysia dan mereka membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.
Kaum India mula menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa komuniti kecil keturunan India di pinggiran pantai. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelaki pula apabila menghadiri pesta keugamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.
Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India Cina berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan Malaysia’ dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan.  Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia ini sentiasa kreatif, berganding bahu mereka masakan baru dengan menggabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Dengan ini lahirlah nasi ayam, mi mamak, mi kari dan lain-lain.
Saya akan mulakan budaya makanan Malaysia ini dengan budaya makanan orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang Melayu amnya. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Bijirin kecil ini juga berjaya membentuk budaya diet (pemakanan) dan ekonomi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis dan dikenali sebagai ‘rice bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman.  Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, cili dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan sahaja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.
Santan merupakan bahan asas dalam masakan kita. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bahagi kepada dua: rempah basah dan rempah kering.  Rempah basah iaitu bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cili. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalunya di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.
Kita beralih pula ke masakan tradisi dan masakan popular orang Melayu di Malaysia. Kita masih mengemari masakan kampung atau masakan nenek dan emak kita dahulu. Orang Melayu di kampung-kampung masih berlandaskan pertanian. Di halaman-halaman rumah kampung kelihatan berkeliaran ayam, itik, ikan dari hasil tangkapan nelayan atau dari sawah dan bendang. Sayuran ditanam di belakang rumah dan juga di perairan sawah dan bendang. Pucuk paku, petai, daun pegaga, daun selum, daun kaduk, cendawan (kulat) dan lain-lain jenis ulaman daun menjadi makanan amalan orang Melayu di kampung.  Daun-daun ini selain kaya dengan sumber vitamin dan mineral, ia juga tinggi dari segi serat. Daun kaduk dan daun pegaga telah mendapat pengiktirafan dari WHO sebagai herba yang mempunyai pelbagai faedah kepada kita. Ia boleh merangsang aktiviti otak kanak-kanak, pengaliran darah yang sihat dan menghaluskan tekstur kulit seseorang.
Untuk pesakit diabitis dan tekanan darah tinggi, ulam jering boleh dijadikan ubat kerana kandungan alkali yang tinggi dan berfungsi sebagai bahan dirutik. Tongkat Ali merupakan akar kayu yang terbilang hasiatnya dari segi penambahan tenaga batin dan juga tenaga fisikal. Tongkat Ali dijual dalam bentuk tablet dan juga serbuk. Di restoran dan gerai, kopi tongkat Ali menjadi minuman kegemaran para pengunjung. Dahulu ulam dan akar kayu hanya dipopularkan oleh orang Melayu tetapi sekarang mendapat tempat di restoran dan hotel-hotel, dimana kita lihat kaum-kaum lain turut meminatinya.
Nasi lemak patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidang untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Ia juga turut dihidang pada rumah terbuka dan dijadikan salah satu menu (ala carte) di hotel-hotel.  Nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan: kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.
Di musim perayaan (hari lebaran, kenduri kendara) nasi tomato beserta lauk pauknya sentiasa menarik perhatian tetamu. Nasi tomato dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) menghidangkan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Negeri Perak pula berbangga dengan rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cili padi (ayam, ikan dan daging) pula dipelopori oleh orang Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, pesembur, mi Siam dan lain-lain.
Manisan kegemaran orang Melayu ialah dari jenis bubur dan kuih muih.  Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat popular. Kebanyakan kuih muih orang Melayu berasaskan beras, beras pulut dan ubi.
Contohnya kuih seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kuih lapis dan sagu gula Melaka.  Manisan tradisi bagi orang Melayu pula ialah dodol, wajek, kuih koci, bahulu dan onde-onde. Kuih tradisi ini masih diminati terutama pada bulan Ramadhan dan lebaran. Minuman iringan pula, orang Melayu kita tidak akan lupa menghidangkan air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa dan air kopi kampung.
Bila kita menyebut nasi kandar, Pulau Pinang menjelma dalam ingatan kita.  Nasi kandar di Pulau Pinang samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan).
Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain.  Berbalik mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung.
Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Penang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Nasi kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi ini menjualnya. Nasi dikandar di bahu (dua bakul atau raga dengan satu batang kayu) dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Pasa masa kini nasi kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran orang-orang Malaysia.
Minuman iringan dengan nasi kandar ini ialah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.

Friday 18 November 2011

Jenis-Jenis Makan dalam Malaysia

MAKANAN DI MALAYSIA.


Malaysia Kaya dengan pelbagai jenis makanan. 
Seperti mana anda tahu Malaysia mempunyai pelbagai kaum.
Iaitu Melayu, India dan China.
 Makanan orang Melayu